Sunday, September 4, 2011

Pengenalan Projek KIK

Panitia Pendidikan Agama Islam telah menunjukkan tauladan yang baik kepada unit-unit organisasi lain yang terdapat di SK Putrajaya Presint 9(2) kerana telah sedia menyahut cabaran buat kali pertama dalam sejarah menyertai pertandingan Kumpulan Inovatif dan Krearif (KIK) peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2011. Semangat yang baik di kalangan guru-guru yang secara sukarela melibatkan diri dalam projek KIK sangat membanggakan pihak pentadbir sekolah yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada semua guru-gurunya bagi melibatkan diri dalam kerja-kerja projek inovatif dan kreativiti yang mampu menaikkan nama sekolah diperingkat yang lebih tinggi.


Borang Penyertaan

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya

PROFAIL KUMPULAN

1. Nama dan Alamat Sekolah : SEK. KEB PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)

2. Nombor Telefon Sekolah : 03-88889830

3. Nama Kumpulan : Kaizen

4. Nama Fasilitator : EN MOHD SHAMSUL B. MOHD SAYUTI

No Fon : 012 5634690

e-Mail : sham110377@yahoo.com.my

5. Nama Ketua Kumpulan : PN HASHIMAH BT MD YUSOFF

No Fon : 016 9128611

e-Mail : shima6685@yahoo.com

No Faks : 03-88889857

6. Senarai nama ahli kump. :

Bil.

Nama

Gred / Jawatan

1

PN HASHIMAH BT MD YUSOFF

DG 41

2

EN MOHD NORHAN B. MOHD HANIF

DG 41

3

PN RAHIFAH BT SULONG

DG 41

4

PN RAFIDAH BT MUHD NOOR

DG 41

5

CIK NUROOL AINANI BT KASBANGI

DG 41

6

PN BALKIS BT ABD JALIL

GDL

7

EN MOHD ASROLIZANI B. ABDULLAH

GDL

8

PN MASTURAINI BT MOHD SIS

GDL

9

EN MOHD ZAKI B MD DIAH

DG 41




KETERANGAN PROJEK

1. Tajuk Projek : WHEEL OF TAJWEED

(RODA TAJWEED)

2. Kategori Projek : Pengurusan dan Teknikal

3. Tarikh Projek Dimulakan : 1 Mac 2011

4. Tarikh Projek Dipersembahkan : 14 Oktoberber 2011

5. Huraian Ringkas Masalah Projek :

Masalah dikesan apabila didapati tahap penguasaan tajwid yang lemah dalam kalangan murid terutama murid tahun 3 hingga tahun 6. Kelemahan ini lebih ketara apabila murid gagal mengaplikasi hukum tajwid yang dipelajari dalam pembacaan al-Quran.

Sebagai penyelesaian, kumpulan Kaizen telah mengambil isisiatif untuk menghasilkan satu projek BBM yang diberi nama RODA TAJWEED bagi membantu memudahkan murid-murid mengesan hokum tajweed dalam pembelajaran mereka. BBM ini mengandungi 20 hukum tajweed yang dipelajari di sekolah rendah selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR).

Tambah nilai daripada usaha ini, kumpulan ini juga telah mengaplikasi cara pengesanan penguasaan murid dalam hokum tajweed. Guru-guru boleh mengesan tahap penguasaan tajweed murid-muridnya melalui Program Pengesanan Tajweed On-Line (PTTO) menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang terdapat daripada Portal MyGFL.

6. Punca-Punca Utama Masalah :

Tahap penguasaan tajweed yang lemah dalam kalangan murid dapat dibuktikan daripada data Ujian Bulanan yang melibatkan soalan bahagian hukum tajweed dari tahun 2009 hingga 2010. (Rujuk Lampiran A)

7. Cadangan Penyelesaian :

Menggunakan produk inovasi Roda Tajweed sebagai alat bantu mengajar yang dapat mempertingkatkan keberkesanan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hukum tajweed kepada murid tahun 3 hingga tahun 6. Pengesanan tahap penguasaan murid dalam tajweed dapat dinilai dengan menggunakan aplikasi Pengurusan Sistem Pembelajaran MyGfL menerusi modul ujian.

8. Faedah Projek

i) Pengurangan Kos Operasi : Ya, kos percetakan kertas set ujian dapat dihapuskan.

ii) Penjimatan Masa : Ya, beban tugas guru PAI dapat dikurangkan.

iii) Peningkatan Hasil Kerja:Ya, guru dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran tajweed dalam kelas, dan tugas penggredan band pencapaian murid dalam tajweed dapat dilakukan secara on-line tanpa menjelaskan waktu pengajaran dan pembelajaran rasmi. Waktu rasmi pengajaran dan pembelajaran guru dapat dimaksimumkan dengan lebih fokus terhadap isi kandungan sukatan pelajaran KSSR PAI.

iv) Peningkatan Tahap

Kepuasan Hati Pelanggan : Ya, penguasaan murid dalam bacaan al Quran dapat dipertingkatkan apabila murid menguasai hokum tajweed semasa membaca al Quran. Murid dapat kebebasan merancang masa yang paling sesuai dan lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal sebelum mereka menduduki ujian penggredan pencapaian murid dalam tajweed.

Faedah-faedah Lain : Memudahcara, mengurangkan beban tugas guru PAI, dapat memanfaatkan kelebihan Portal MyGfL selaras dengan kehendak kerajaan membudayakan ICT dalam pengurusan kerja bagi meningkatkan produktiviti organisasi. Penarafan band SSQS bagi sekolah akan dapat tingkatkan kerana projek KIK yang dirancang merupakan suatu inisiatif penggunaan ICT dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan di kalangan guru dan murid di SK Putrajaya Presint 9(2).

9. Sumbangan Projek Kepada Kerajaan :

Mewujudkan generasi celik al Quran dan Menyahut Cabaran Kerajaan membudayakan penggunaan ICT dalam Kalangan Guru dan Murid.

10. Tempoh Pelaksanaan Projek : 6 bulan

Saya mengaku semua maklumat yang diberikan berkenaan projek ini adalah betul dan benar, tidak ditiru serta asli mengikut pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya faham bahawa sebarang kenyataan palsu boleh menyebabkan penyertaan kumpulan saya terbatal serta projek yang sekiranya diiktiraf ditarik semula.

Belakang dari kiri: EN MOHD NORHAN B MOHD HANIF,EN MOHD ZAKI B MD DIAH,EN ASROLIZANI B ABDULLAH

Depan dari kiri: PN BALKIS BT ABD JALIL, PN MASTURAINI BT MOHAMAD SIS, PN RAHIFAH BT SULONG, PN HAJJAH KHAMISAH NOOR BT MD ZIN (GURU BESAR),CIK NUROOL AINANI BT KASBANGI, PN HASHIMAH BT MD YUSOFF

*Tiada dalam Gambar PN RAFIDAH MUHD NOOR

Montaj Projek KIK Kumpulan Mudarris

http://www.4shared.com/video/_tj31mSa/Montaj_Mudarris.html


11.


1 comment: